2.3.3 Rantau yang Mewakili Ketaksamaan dalam Dua Pemboleh Ubah (Contoh Soalan)
Soalan 1:
Pada graf di ruang jawapan, lorekkan rantau yang memuaskan ketiga-tiga ketaksamaan y ≥ –x + 10, y > x dan y < 9.
Jawapan:
![](https://2.bp.blogspot.com/-AFdDPGHAgP0/VyexCjTx-YI/AAAAAAAAC9E/wuk0lFPDg2wUf67d8SIfIJcSni1Vd4bewCLcB/s320/Picture24.png)
Penyelesaian:
1.
Rantau yang mewakili ketaksamaan y ≥ –x + 10 adalah rantau yang terletak pada serta di sebelahatas garis y = –x + 10.
2.
Rantau yang mewakili ketaksamaan y > x adalah rantau yang terletak di sebelah atas garis y = x. Oleh kerana symbol ketaksamaan “>” digunakan, maka semua titik pada garis y = x adalah dikecualikan dalam rantau. Akibatnya, y = x dilukis dengan satu garis putus-putus.
3.
Rantau yang mewakili ketaksamaan y < 9 adalah rantau yang terletak di sebelah bawahgaris y = 9 yang dilukis dengan garis putus-putus.
![](https://3.bp.blogspot.com/-fdiebW7lLGY/VyexKW-m_xI/AAAAAAAAC9I/kSBpyRrJhGEEJrHXxXsMxYBvHdkN3gVogCLcB/s320/Picture25.png)
Soalan 2:
Pada graf di ruang jawapan, lorekkan rantau yang memuaskan ketiga-tiga ketaksamaan y ≥ –2x + 10, y ≤ 10 dan x < 5.
Jawapan:
![](https://4.bp.blogspot.com/-xTZziRRpfhI/VygrEbMwU2I/AAAAAAAAC9g/2UNyJ5JQ3IsSC4KewlGKLxlGJ_kDKwZqwCLcB/s320/Picture26.png)
Penyelesaian:
1.
Rantau yang mewakili ketaksamaan y ≥ ax + cadalah rantau yang terletak pada serta di sebelah atas garis y = ax + c.
2.
Dalam soalan ini, pintasan-y, c = 10, pintasan-x ialah 5.
3.
Rantau yang mewakili ketaksamaan y ≥ –2x + 10 adalah rantau yang terletak pada serta di sebelah atasgaris y = –2x + 10.
4.
Rantau yang mewakili ketaksamaan y ≤ 10 adalah rantau yang terletak pada serta di sebelah bawah garis y = 10.
5.
Rantau yang mewakili ketaksamaan x < 5 terletak pada sebelah kiri garis x = 5 yang dilukis dengan garis putus-putus.
![](https://3.bp.blogspot.com/-bJNCUH0_3To/Vygq8wXUfqI/AAAAAAAAC9c/TSznGvgTiTkVGSxaW_IFGqf9Yq9vgUTZwCLcB/s320/Picture27.png)