Bab 8 Sukatan Membulat


8.5.4 Sukatan Membulat, SPM Praktis (Kertas 2)

Soalan 4:


Dalam rajah di atas, AXB ialah lengkok sebuah bulatan berpusat O dan jejari 10cm dengan AOB = 0.82 radian. AYB ialah lengkok sebuah bulatan berpusat dan jejari 5cm dengan APB = θ. Hitung:

(a) Panjang perentas AB,
(b) nilai θ dalam radian,
(c) Perbezaan panjang antara lengkok AYB dan lengkok AXB.


Penyelesaian:
(a)
½ AB = sin 0.41 × 10 (tukar mode kalkulator kepada Rad)
½ AB = 3.99
Maka panjang perentas AB = 3.99 × 2 = 7.98cm.


(b)
Katakan ½θ = α, θ = 2α
sin α = 3.99 5
α = 0.924 rad
Maka θ = 0.924 × 2 = 1.848 rad


(c)
Guna s =
Lengkok AXB = 10 × 0.82 = 8.2 cm
Lengkok AYB = 5 × 1.848 = 9.24 cm
Perbezaan panjang antara lengkok AYB dan lengkok AXB
= 9.24 – 8.2
= 1.04 cm