1.1a Domain and Kodomain
- Dalam hubungan antara satu set dengan set yang lain, set pertama dikenali sebagai domain dan set kedua dikenali sebagai kodomain.
- Unsur-unsur dalam domain dinamakan objek, manakala unsur-unsur dalam kodomain dipadankan dengan objek dinamakan imej.
- Unsur-unsur dalam kodomain tidak dipadankan dengan objek adalah bukan imejnya.
- Semua imej dalam kodomain boleh ditulis sebagai satu set dinamakan julat.
Contoh:
Domain = {3, 4, 5}
Kodomain = {7, 9, 12, 15}
Julat = {9, 12, 15} [7 bukan satu imej kerana ia tidak dipadankan dengan sebarang objek]
3 ialah objek bagi 9, 12 dan 15.
3 ialah objek bagi 9, 12 dan 15.
4 ialah object bagi 12.
5 ialah object bagi 15.
9, 12 dan 15 ialah imej bagi 3.
9, 12 dan 15 ialah imej bagi 3.
12 ialah imej bagi 4.
15 ialah imej bagi 5.