Bab 6 Statistik III


6.4 Poligon Kekerapan
1.   Poligon kekerapan ialah graf yang menyambungkan titik tengah selang kelas pada hujung setiap segi empat tepat dalam sebuah histogram.
2.  Poligon kekerapan boleh dilukis daripada
(a)  Histogram,
(b)  Jadual kekerapan
3.  Langkah-langkah melukis poligon kekerapan:
Step 1: Menambah satu kelas dengan kekerapan sifar sebelum kelas pertama dan selepas kelas terakhir.
Step 2: Tentukan titik tengah bagi setiap kelas.
Step 3Sambungkan titik-titik itu dengan garis lurus.


Contoh:
Jadual kekerapan yang berikut menunjukkan jarak yang dilalui oleh 38 orang remaja yang
bermotosikal dalam satu hari.

Jarak (km)
Kekerapan
55 – 59
4
60 – 64
4
65 – 69
7
70 – 74
8
75 – 79
9
80 – 84
6
Lukis poligon kekerapan berdasarkan jadual kekerapan di atas.



Penyelesaian:

Jarak (km)
Kekerapan
Titik tengah
50 – 54
0
52
55 – 59
4
57
60 – 64
4
62
65 – 69
7
67
70 – 74
8
72
75 – 79
9
74
80 – 84
6
82
85 – 89
0
87