3.5 Jenis Punca Persamaan Kuadratik
1.
Jenis punca persamaan kuadratik ax2
+ bx + c= 0
ditentukan oleh nilai b2 − 4ac. Nilai
b2 − 4ac memberi maklumat terhadap bilangan titik persilangan.
(a)
Apabila graf menyentuh garis lurus pada satu titik, iaitu terdapat hanya satu punca nyata bagi persamaan ax2
+ bx + c = 0, maka b2
− 4ac = 0.
![](https://1.bp.blogspot.com/-ZaMkl6LHXrQ/V3gii5Yz4kI/AAAAAAAAEF8/DQslM2hh3m0w0B0uwbcCif1Jro1KDwnMgCLcB/s400/Picture14.png)
(b)
Apabila graf bersilang dengan garis lurus pada dua titik, iaitu terdapat dua punca nyata dan berbeza bagi persamaan ax2
+ bx + c = 0, maka b2
− 4ac > 0.
![](https://2.bp.blogspot.com/-7GZ0zYwzp04/V3gimte2WTI/AAAAAAAAEGA/2GpTW6cAKYoFneHERLHXfpOlTu8I-3SggCLcB/s400/Picture15.png)
(c)
Apabila graf tidak bersilang dengan garis lurus (tiada titik persilangan), iaitu tidak terdapat punca nyata bagi persamaan ax2
+ bx + c = 0, maka b2
− 4ac < 0.
![](https://4.bp.blogspot.com/-Uq4ABfvSWH4/V3girQNuPtI/AAAAAAAAEGE/nHFEw2UZ3T0z3Ru2Z_7vlSJnTRBYbxd-wCLcB/s400/Picture16.png)