Bab 3 Fungsi Kuadratik

3.4 Ketaksamaan Kuadratik (Bahagian 1)

(A) Menyelesaikan Ketaksamaan Kuadratik
1.      Penyelesaian bagi suatu ketaksamaan kuadratik adalah nilai-nilai julat yang memuaskan ketaksamaan itu.
2.      Terdapat dua acara untuk menyelesaikan ketaksamaan kuadratik.
(a) Kaedah graf
(b) Kaedah garis nombor

(B)(i) Langkah-langkah untuk menyelesaikan suatu ketaksamaan kuadratik (Kaedah graf)

Langkah 1
 : Tulis semula ketaksamaan kuadratik dengan sifar di satu belah dan pastikan a > 0.
Langkah 2 : Selesaikan persamaan y = 0 untuk mencari titik persilangan graf dengan paksi-x.
Langkah 3 : Lakarkan graf dan lorekkan kawasan itu untuk mencari julat nilai x.


Contoh 1:
Cari julat nilai x bagi setiap ketaksamaan kuadratik yang berikut:
(a) x 2 4x + 3 < 0
(b) 12 + 10x –2x2 < 0

Penyelesaian: