Bab 11 Nombor Indeks

11.2 Indeks Gubahan
1.      Indeks gubahan ialai nilai purata semua nombor indeks dan kepentingan setiap barangan yang terlibat diambil kira.

Indeks gubahan,    I ¯ = ΣIW ΣW     , dengan keadaan
I = Nombor indeks
W = Pemberat

v  Pemberat, w bagi sesuatu perkara mewakili kepentingannya berbanding dengan perkara-perkara lain yang dikaji.
v  Simbol Ʃ bermakna hasil tambah.


Contoh 1:

Mi
Indeks harga
Pemberat
Mi goreng
112
4
Mi Tomyam
104
3
Mi Rebus
109
2
Mi Wantan
111
1






Jadual di atas menunjukkan indeks harga bagi beberapa jenis mi yang dijual di satu restoran bagi tahun 2000 berasaskan tahun 1996 serta pemberat masing-masing. Hitung indeks gubahan bagi tahun 2000 berasaskan tahun 1996.

Penyelesaian:
I ¯ = IW W I ¯ = ( 112 )( 4 )+( 104 )( 3 )+( 109 )( 2 )+( 111 )( 1 ) 4+3+2+1 I ¯ = 448+312+218+111 10 I ¯ = 1089 10 =108.9



Contoh 2:

Barangan
Indeks harga
Pemberat
P
110
4
Q
x
2
R
120
1
S
115
3






Jadual di atas menunjukkan indeks harga bagi beberapa jenis barangan, P, Q, R dan S, bagi tahun 2002 berasaskan tahun 1997 dan pemberat masing-masing. Jika indeks gubahan bagi tahun 2002 berasaskan tahun 1997 ialah 116.5, cari nilai x.

Penyelesaian:
I ¯ = IW W 116.5= ( 110 )( 4 )+( x )( 2 )+( 120 )( 1 )+( 115 )( 3 ) 4+2+1+3 116.5= 440+2x+120+345 10 116.5= 905+2x 10
1165 = 905 + 2x
2x = 260
x = 130