Bab 17 Pilir Atur dan Gabungan


6.2 Gabungan
1.   Bilangan gabungan r objek daripada n objek

   n C r = n! r!(nr)!     


2.   Bilangan gabungan r objek daripada n objek yang berlainan ialah bilangan pilihan r objek daripada n objek dengan tanpa mengambil kira tertib susunan.

  Peringatan:   (i)   n C 0 =1   (ii)   n C n =1   (iii)   n C r = n C nr     

Contoh 1:
Hitung nilai  7 C 2 7 C 2 = 7! ( 72 )! ×2! = 7! 5! ×2! = 7 ×6 ×5! 5! ×2! = 7×6 2×1 =21



Contoh 2:
6 biji guli yang mempunyai warna yang berbeza akan dibahagikan sama rata kepada 2 orang kanak-kanak. Cari bilangan cara pembahagian guli tersebut dapat dibuat.

Penyelesaian:
Bilangan cara memberi 3 biji guli kepada kanak-kanak pertama = 6 C 3  
Bilangan cara memberi baki 3 biji guli kepada kanak-kanak kedua = 3 C 3
Bilangan cara pembahagian guli sama rata kepada 2 orang kanak-kanak
= 6 C 3 × 3 C 3 = 20 × 1 = 20