8.1b Min, Varians, dan Sisihan Piawai Taburan Binomial
Untuk suatu pemboleh ubah rawak diskret X yang bertaburan Binomial atau X~B(n, p),
Min bagi X, μ=np
Varians bagi X, σ2=npq
Sisihan piawai bagi X, σ=√npq
Contoh 1:
Suatu kelab bola sepak mengadakan sesi latihan sepakan penalti bagi pelajar-pelajar tingkatan 4 dari sebuah sekolah. Setiap pelajar menendang 8 sepakan penalti. Kebarangkalian bahawa seorang pelajar menjaring sepakan penalti ialah p. Selepas latihan, didapati min bilangan gol oleh seorang pelajar ialah 7.2.
Cari nilai p.
Penyelesaian:
Min = np
np = 7.2
8p= 7.2
p = 0.9
Contoh 2:
X adalah suatu pemboleh ubah rawak binomial dengan keadaan X ~ B (n, p). Jika min dan sisihan piawainya ialah 90 dan
masing-masing, cari nilai p dan nilai n.
Penyelesaian:
Min = 90
np = 90
Sisihan piawai=3√7√npq=3√7
npq = 9 (7) ← (kuasa dua kedua-dua belah)
npq = 63
(np) q = 63
90q= 63
q=710Oleh itu p=1−710=310Dari np=90,n(310)=90n=300