7.3
Kebarangkalian Peristiwa Saling Eksklusif
1. Peristiwa saling eksklusifialah peristiwa-peristiwa yang tidak mungkin berlaku serentak.
2. Jika A dan B ialah dua peristiwa saling eksklusif,
P(A υ B) = P(A) + P(B)
|
Contoh:
Sebuah beg mengandungi 3 keping kad biru, 4 kad hijau dan 5 keping kad kuning. Sekeping kad dipilih secara rawak daripada beg itu. Cari kebarangkalian bahawa kad yang terpilih adalah berwarna hijau atau kuning.
Penyelesaian:
Katakan H = peristiwa sekeping kad hijau dipilih.
K= peristiwa sekeping kad kuning dipilih.
Ruang sampel, S = 12, n(S) = 12
n(H) = 4 dan n(K) = 5
Peristiwa H dan K tidak dapat berlaku serentak kerana kita tidak mungkin memilih kad hijau dan kad kuning pada masa yang sama. Oleh itu, peristiwa H dan K adalah saling eksklusif.