Bab 18 Kebarangkalian Mudah


7.6.1 Kebarangkalian, SPM Praktis (Kertas 2)

Soalan 1:
Dalam satu acara menembak, Peter, William dan Roger bersaing antara satu sama lain untuk menembak suatu sasaran. Kebarangkalian bahawa mereka mengena sasaran ialah 25,34 dan 23
masing-masing.
Cari kebarangkalian bahawa
(a) ketiga-tiga daripada mereka mengena sasaran,
(b) hanya satu daripada mereka mengena sasaran,
(c) sekurang-kurangnya satu daripada mereka mengena sasaran.

Penyelesaian:
Katakan S = mengena sasaran dan M = terlepas sasaran
Kebarangkalian bahawa Peter terlepas sasaran = 35  
Kebarangkalian bahawa William terlepas sasaran = ¼
Kebarangkalian bahawa Roger terlepas sasaran = ⅓




(a)
Kebarangkalian (ketiga-tiga daripada mereka mengena sasaran)
=25×34×23=15

(b)
Kebarangkalian (hanya satu daripada mereka mengena sasaran)
= P (hanya Peter mengena sasaran) + P (hanya William mengena sasaran) + P (hanya Roger
mengena sasaran)
=(25×14×13)+(35×34×13)+(35×14×23)=130+320+110=1760

(c)
Kebarangkalian (sekurang-kurangnya satu daripada mereka mengena sasaran)
= 1 – P (ketiga-tiga daripada mereka terlepas sasaran)
=1(35×14×13)=1120=1920