2.5 Memperoleh Maklumat daripada Graf Garis Lurus Penyuaian Terbaik
Contoh 1:
Gunakan kertas graf untuk menjawap soalan ini.
Jadual di bawah menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah x dan y, yang dihubungkan oleh persamaan y
= pk√x dengan keadaan p dan k ialah pemalar.
x
|
1
|
4
|
9
|
16
|
25
|
36
|
y
|
1.80
|
2.70
|
4.05
|
6.08
|
9.11
|
13.67
|
(a)
Plotkan log10 y melawan √x. Seterusnya, lukiskan garis lurus penyuaian terbaik.
(b)
Gunakan graf anda dari (a) untuk mencari nilai pdan nilai k.
Penyelesaian:
(a)
Langkah 1: Sediakan suatu jadual yang memberikan nilai X
(√x) dan nilai Y (log10 y).
Langkah 2: Dengan menggunakan skala yang sesuai, lukis garis lurus penyuaian terbaik dengan memplot graf Y (log10 y) melawan X (√x).
(b)
Langkah 3: Cari kecerunan garis lurus penyuaian terbaik, m, dan pintasan-Y daripada graf.
Langkah 4: Tukar fungsi tak linear kepada bentuk linear melalui persamaan Y = mX + c.
Langkah 5: Bandingkan dengan nilai-nilai m dan c di langkah 3, cari nilai p dan nilai k.