7.4.3 Kebarangkalian II, SPM Praktis (Kertas 1)


Soalan 5:
Dalam sebuah syarikat, seramai 300 orang pekerja menaiki bas, 60 orang pekerja menaiki kereta dan selebihnya menunggang motosikal ke tempat kerja. Seorang pekerja dipilih secara rawak. Kebarangkalian memilih seorang pekerja yang menaiki bas ke tempat kerja ialah .
Cari kebarangkalian memilih seorang pekerja yang tidak menunggang motosikal untuk ke tempat kerja itu.

Penyelesaian:
Katakan y ialah bilangan pekerja menunggang motosikal ke tempat kerja. P( menaiki bas )= 2 3 Bilangan pekerja ( menaiki bas ) Jumlah bilangan pekerja = 2 3 300 300+60+y = 2 3 900=720+2y 2y=180 y=90 Kebarangkalian= 300+60 360+90 = 360 450 = 4 5


Soalan 6:
Sebuah kotak mengandungi 18 keping kad hitam dan 8 keping kad biru. Fanny memasukkan lagi 2 keping kad hitam dan 4 keping kad biru ke dalam kotak itu. Sekeping kad dipilih secara rawak daripada kotak itu.
Apakah kebarangkalian sekeping kad hitam akan dipilih?

Penyelesaian:
Jumlah bilangan kad yang baru dalam kotak =( 18+2 )+( 8+4 ) =32 Kebarangkalian sekeping kad hitam dipilih Kebarangkalian= 18+2 32    = 20 32    = 5 8