7.5.4 Kebarangkalian II, SPM Praktis (Kertas 2)


Soalan 7:
Rajah bawah menunjukkan 4 keping kad berlabel dengan huruf.


Dua keping kad dipilih secara rawak daripada kotak itu, satu demi satu, tanpa dikembalikan.
(a) Senaraikan ruang sampel.
(b) Carikan kebarangkalian bahawa
(i) sekurung-kurungnya satu kad yang dipilih berlabel C,
(ii) kedua-dua kad yang dipilih berlabel dengan huruf yang sama.


Penyelesaian:
(a)
Ruang sampel, S
= {(C, O1), (C, O2), (C, L), (O1, C), (O1, O2), (O1, L), (O2, C), (O2, O1), (O2, L), (L, C), (L, O1), (L, O2)}
n(S) = 12

(b)(i)
Sekurung-kurungnya satu kad yang dipilih berlabel C
= {(C, O1), (C, O2), (C, L), (O1, C), (O2, C), (L, C)}
Kebarangkalian= 6 12 = 1 2

(b)(ii)
Kedua-dua kad yang dipilih berlabel dengan huruf yang sama
= {(O1, O2), (O2, O1)}
Kebarangkalian= 2 12 = 1 6


Soalan 8 (5 markah):
Jadual di bawah menunjukkan beberapa ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dan Persatuan St John Ambulans yang telah ditugaskan untuk satu tugasan luar di beberapa tempat sempena Hari Bendera.


Dua ahli daripada persatuan itu telah diturunkan secara rawak di beberapa tempat tersebut.

(a)
Senaraikan semua kesudahan yang mungkin dalam ruang sampel ini.
Anda juga boleh menggunakan huruf seperti A untuk Amy dan seterusnya.

(b) Dengan menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin
, cari kebarangkalian bahawa
(i) seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan telah diturunkan di suatu tempat.
(ii) kedua-dua ahli yang telah diturunkan di suatu tempat adalah daripada persatuan yang sama.

Penyelesaian:
(a)
S = {(A, J), (A, N), (A, F), (A, C), (A, M), (J, A), (J, N), (J, F), (J, C), (J, M), (N, A), (N, J), (N, F), (N, C), (N, M), (F, A), (F, J), (F, N), (F, C), (F, M), (C, A), (C, J), (C, N), (C, F), (C, M),(M, A), (M, J), (M, N), (M, F), (M, C)}

(b)(i)
{(A, F), (A, C), (A, M), (J, F), (J, C), (J, M), (N, F), (N, C), (N, M), (F, A), (F, J), (F, N), (C, A), (C, J), (C, N), (M, A), (M, J), (M, N)}
Kebarangkalian = 18 30 = 3 5

(b)(ii)
{(A, F), (A, C), (F, A), (F, C), (C, A), (C, F), (J, N), (J, M), (N, J), (N, M), (M, J), (M, N)}
Kebarangkalian = 12 30 = 2 5