9.6.4 Bumi Sebagai Sfera, SPM Praktis (Kertas 2)


Soalan 4:
P (25o U, 35o T), Q (25o U, 40o B), R dan S adalah empat titik yang terletak pada permukaan bumi. PS ialah diameter selarian latitud sepunya 25o U.

(a) Cari longitud S.

(b) R terletak 3300 batu nautika di selatan P diukur sepanjang permukaan bumi.
Hitung latitud R.

(c) Hitung jarak terpendek, dalam batu nautika, dari P ke S diukur sepanjang permukaan bumi.

(d) Sebuah kapal terbang berlepas dari R dan terbang arah utara ke P dan kemudian terbang arah barat ke Q. Jumlah masa yang diambil bagi keseluruhan penerbangan itu ialah 12 jam 24 minit.
(i) Hitung jarak, dalam batu nautika, dari P arah barat ke Q diukur sepanjang selarian  latitud sepunya.
(ii) Hitung purata laju, dalam knot, bagi keseluruhan penerbangan itu.



Penyelesaian:
(a)
Longitud S = (180o – 35o) B = 145o B

(b)
POR= 3300 60  = 55 o Latitud R= ( 5525 ) o  = 30 o S

(c)
Jarak terpendek dari P ke S
= (65 + 65) x 60
= 130 x 60
= 7800 batu nautika

(d)(i)
Jarak PQ
= (35 + 40) x 60 x kos 25o
= 75 x 60 x kos 25o
= 4078.4 batu nautika


( ii ) Jumlah jarak dilalui RP+PQ =3300+4078.4 =7378.4 batu nautika Laju purata = Jumlah jarak dilalui Masa diambil = 7378.4 12.4 12 jam 24 min=12+ 12 60 =12+0.4 =595.0 knot



Soalan 5:
A (53o U, 84o B), K (53o U, 25o B), C dan D adalah empat titik yang terletak pada permukaan bumi. AC ialah diameter selarian latitud 53o U.

(a) Nyatakan kedudukan bagi C.

(b) Hitung jarak terpendek, dalam batu nautika, dari A ke C diukur sepanjang permukaan bumi.

(c) Hitung jarak, dalam batu nautika, dari A arah timur ke K diukur sepanjang selarian  latitud sepunya.

(d) Sebuah kapal terbang berlepas dari K arah ke selatan ke D. Purata laju penerbangan itu ialah 420 knot dan masa yang diambil untuk penerbangan itu ialah 6½ jam.
Hitung
(i) jarak, dalam batu nautika, dari K ke D diukur sepanjang meridian.
(ii) latitud bagi D.


Penyelesaian:
(a)
Latitud bagi C = 53o U
Longitud bagi C = (180o – 84o) T = 96o T
Oleh itu, kedudukan bagi C = (53o U, 96o T)

(b)
Jarak terpendek dari A ke C
= (180 – 53 – 53) x 60
= 74 x 60
= 4440 batu nautika

(c)
Jarak dari A ke K
= (84 – 25) x 60 x kos 53o
= 59 x 60 x kos 53o
= 2130.43 batu nautika

(d)
( i ) Jarak dilalui dari K ke D =420×6 1 2  Jarak dilalui  = purata laju × masa diambil  =2730 batu nautika ( ii ) Perbezaan latitud antara K ke D = 2730 60 = 45.5 o Latitud bagi D=( 53 o 45.5 o )U   = 7.5 o U