3.4.4 SPM Praktis, Penjelmaan (Soalan Panjang)


Soalan 4:
Rajah menunjukkan titik J(1, 2) dan sisi empat ABCD dan sisi empat EFGH, dilukis pada suatu satah Cartes.



(a)
Penjelmaan U ialah satu putaran 90o, ikut arah  jam pada pusat O.
Penjelmaan T ialah satu translasi ( 2 3 )  
Penjelmaan R ialah satu pantulan pada garis x = 3.

Nyatakan koordinat imej bagi titik J di bawah setiap penjelmaan berikut:
(i) RU,
(ii) TR.

(b)
EFGH ialah imej bagi ABCD di bawah gabungan penjelmaan MN.
Huraikan selengkapnya penjelmaan:
(i) N,   
(ii) M.

(c)
Diberi bahawa sisi empat ABCD mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas 18 m2.
Hitungkan luas, dalam m2, kawasan yang diwakili oleh rantau berlorek.


Penyelesaian:



(a)
(i) J (1, 2) → U → (2, –1 ) → R → (4, –1)
(ii) J (1, 2) → R → (5, 2) → T → (7, 5)

(b)(i)
N: Satu pantulan pada garis lurus x = 6.

(b)(ii)
M: Satu pembesaran pada pusat (8, 7) dengan faktor skala 3.

(c)
Luas EFGH = (faktor skala)2 x Luas objek ABCD
 = 32 x 18
 = 162 m2

Oleh itu,
Luas rantau berlorek
= Luas EFGH – luas ABCD
= 162 – 18
= 144 m2


3.4.3 SPM Praktis, Penjelmaan (Soalan Panjang)


Soalan 3:
(a) Rajah di bawah menunjukkan dua titik, M dan N, pada suatu satah Cartesan.



Penjelmaan T ialah satu translasi (  3 1 ) dan penjelmaan R ialah satu putaran 90o lawan arah jam pada pusat (0, 2).
(i) Nyatakan koordinat imej bagi titik M di bawah penjelmaan R.
(ii) Nyatakan koordinat imej bagi titik N di bawah penjelmaan berikut:
(a) T2,
(b) TR,

(b) Rajah di bawah menunjukkan tiga pentagon, A, B dan C, dilukis pada suatu satah Cartesan.


(i) C ialah imej bagi A di bawah gabungan penjelmaan WV.
Huraikan selengkapnya penjelmaan:
(a) V    (b) W
(ii) Diberi bahawa A mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas 12 m2, hitung luas, dalam m2, kawasan yang diwakili oleh C.



Penyelesaian:
(a)




(b)


(b)(i)(a)
V: Satu pantulan pada garis x  = 8

(b)(i)(b)
W: Satu pembesaran pada pusat (14, 0) dengan faktor skala.

(b)(ii)
Luas B = luas A = 12 m2
Luas C = (faktor skala)2 x Luas objek
 = 22 x luas B
 = 22 x 12
 = 48 m2


6.8.4 Statistik, SPM Praktis (Kertas 2)


Soalan 7:
Data dalam rajah di bawah menunjukkan markah diperoleh sekumpulan 30 orang murid dalam suatu ujian sejarah.

(a) Berdasarkan data dalam rajah di atas, lengkapkan Jadual di ruang jawapan.

(b) Berdasarkan Jadual di (a)
(i) cari find the modal class,
(ii) hitung min markah bagi seorang murid.

Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf.

(c) Dengan menggunakan skala 2cm kepada 10 markah pada paksi mengufuk dan 2cm kepada 1 murid pada paksi mencancang, lukiskan satu poligon kekerapan bagi data tersebut.

Jawapan:





Penyelesaian:
(a)


(b)(i)
Kelas modal = 50 – 54

(b)(ii)

Min markah =  1615 30  = 53.83
(c)