Bab 7 Kebarangkalian I

7.3 Kebarangkalian suatu Peristiwa

(A) Kebarangkalian suatu Peristiwa
1.      Kebarangkalian bagi suatu peristiwa  A, P(A) berlaku diberi oleh

   P(A)= bilangan kali berlakunya peristiwa A bilangan cubaan        P(A)= n(A) n(S)    dengan keadaan 0P(A)1

2.      Jika P(A) = 0, maka peristiwa A pasti tidak berlaku.
3.      Jika P(A) = 1, maka peristiwa A pasti berlaku.

Contoh 1:
Jadual di bawah menunjukkan taburan sekumpulan 80 orang murid yang mengambil bahagian dalam satu permainan.


Tingkatan Empat
Tingkatan Empat
Perempuan
28
16
Lelaki
12
24

Seorang murid dipilih secara rawak daripada kumpulan itu untuk memulakan permainan.
Apakah kebarangkalian seorang murid lelaki daripada Tingkatan Lima akan dipilih?

Penyelesaian:
Katakan
A= Peristiwa seorang murid lelaki daripada Tingkatan Lima dipilih
S= Ruang sampel
n(S) = 28 + 12 + 16+ 24 = 80
n(A) = 24
P(A)= n(A) n(S)           = 24 80 = 3 10


(B) Menjangkakan bilangan kali berlakunya sesuatu peristiwa
Jika kebarangkalian bagi suatu peristiwa A dan bilangan cubaan diberi, maka bilangan kali berlakunya peristiwa A yang dijangkakan
= P(A) × Bilangan cubaan

Contoh 2:
Dalam satu sesi latihan bola sepak, kebarangkalian percubaan Ahmad menjaringkan gol ialah . Dalam 40 percubaan yang dipilih secara rawak, berapa kalikah Ahmad dijangka akan menjaringkan satu gol?

Penyelesaian:
Bilangan kali Ahmad dijangka akan menjaringkan satu gol
= × 40
= 25  


(C) Menyelesaikan masalah yang melibatkan kebarangkalian bagi suatu peristiwa
Contoh 3:
Kelvin mempunyai 30 sapu tangan yang terdiri daripada warna putih, biru dan merah. Jika satu sapu tangan dipilih secara rawak, kebarangkalian memilih sehelai sapu tangan berwarna putih ialah 2 5 .  Hitung
(a)  bilangan sapu tangan yang berwarna putih.
(b)  kebarangkalian memilih sekeping sapu tangan berwarna biru jika Kelvin mempunyai 8 helai sapu tangan yang berwarna merah.

Penyelesaian:
Katakan 
P= Peristiwa sapu tangan berwarna putih dipilih.
B= Peristiwa sapu tangan berwarna biru dipilih.
M= Peristiwa sapu tangan berwarna merah dipilih.
S= Sample space
(a)
n(S) = 30
n(P)=P(P)×n(S)         = 2 5 ×30=12
(b)
Given n(M) = 8
n(B) = 30 – 12 – 8 = 10
P(B)= n(B) n(S)         = 10 30 = 1 3


Bab 7 Kebarangkalian I

7.2 Peristiwa
(A) Menyatakan unsur-unsur ruang sampel yang memenuhi syarat tertentu
1.      Jika suatu syarat tertentu diberi, kita boleh menyenaraikan unsur-unsur ruang sampel yang memenuhi syarat-syarat yang diberi.

Contoh 1:
Suatu nombor dua-digit yang tidak melebihi 25 dipilih secara rawak. Senaraikan unsur-unsur ruang sampel yang memenuhi syarat-syarat yang berikut.
(a)  Satu kuasa dua sempurna dipilih.
(b)  Satu nombor perdana dipilih.

Penyelesaian:
Ruang sampel, S
= {10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25}

(a)
Satu kuasa dua sempurna dipilih.
= {16, 25}

(b)
Satu nombor perdana dipilih
= {11, 13, 17, 19, 23}


(B) Peristiwa bagi suatu ruang sampel
1.      Peristiwa ialah set kesudahan yang memenuhi syarat tertentu .
2.      Peristiwa adalah suatu subset bagi ruang sampel.

Contoh 2:
Sebiji duit syiling dan sebiji dadu dilambung pada masa yang sama. Peristiwa-peristiwa  P dan Q ditakrifkan seperti yang berikut.
P= Peristiwa mendapat ‘Gambar’ daripada duit syiling dan nombor ganjil daripada dadu.
Q= Peristiwa mendapat ‘Angka’ daripada duit syiling dan nombor lebih daripada 2 daripada dadu.
(a)  Senaraikan ruang sampel, S.
(b)  Senaraikan unsur-unsur bagi
          (i)    peristiwa P,
          (ii) peristiwa Q.

Penyelesaian:
(a)
Ruang sampel, S
= { (H, 1), (H, 2), (H, 3), (H, 4), (H, 5), (H, 6), (T, 1), (T, 2), (T, 3), (T, 4), (T, 5), (T, 6) }

(b)(i)
P= { (H, 1), (H, 3), (H, 5) }
← (Kesudahan yang mungkin bagi Peristiwa P:  mendapat ‘Gambar’ daripada duit syiling dan nombor ganjil daripada dadu.)

(b)(ii)
Q= { (T, 3), (T, 4), (T, 5), (T, 6) }
← (Kesudahan yang mungkin bagi Peristiwa Q : mendapat ‘Angka’ daripada duit syiling dan nombor lebih daripada 2 daripada dadu.)

Bab 7 Kebarangkalian I

7.1 Ruang Sampel
(A) Uji kaji
1.      Uji kaji ialah suatu proses dalam membuat pemerhatian untuk mendapat keputusan yang dikehendaki.
2.      Kesudahanuji kaji ialah keputusanyang mungkin diperoleh daripada satu uji kaji.


(B)  Menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi suatu uji kaji
1.      Kita boleh menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi suatu uji kaji dengan menjalankan uji kaji atau secara penaakulan.

Contoh 1:
Enam keping kad yang ditunjukkan dalam rajah di atas dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Satu kad dipilih secara rawak daripada kotak. Senaraikan semua kesudahan yang mungkin.

Penyelesaian:
Semua kesudahan yang mungkin ialah O, R, A, N, G, E.


(C)       Ruang sampel suatu uji kaji
1.      Ruang sampel, S, ialah koleksi semua kesudahan yang mungkin bagi sesuatu uji kaji.
2.      Huruf S digunakan untuk mewakili ruang sampel dan semua kusudahan yang mungkin ditulis dalam kurungan, { }.

Contoh 2:
Satu huruf dipilih daripada perkataan ‘GARDEN’.
(a)  Senaraikan semua kesudahan yang mungkin.
(b)  Tulis ruang sampel, S, menggunakan tatatanda set.

Penyelesaian:
(a)  Kesudahan yang mungkin ialah G, A, R, D, E dan N.
(b)  Ruang sampel, S = { G, A, R, D, E, N }

Bab 4 Penaakulan Matematik

4.3 Operasi ke atas Pernyataan (Contoh Soalan)
Soalan 1:
Bentukkan satu pernyataan baru daripada dua pernyataan yang diberi dengan menggunakan perkataan ‘dan’.
(a)  3 × 12 = 36
7 × 5 = 35
(b)  5 ialah satu nombor perdana.
5 ialah satu nombor ganjil.
(c)  Segi empat tepat mempunyai 4 sisi.
Segi empat tepat mempunyai 4 bucu.

Penyelesaian:
(a)  3 × 12 = 36 dan 7 × 5 = 35
(b)  5 ialah satu nombor perdana dan satu nombor ganjil.
(c)  Segi empat tepat mempunyai 4 sisi dan 4 bucu.


Soalan 2:
Bentukkan satu pernyataan baru daripada dua pernyataan yang diberi dengan menggunakan perkataan ‘atau’.
(a)  16 ialah satu kuasa dua sempurna. 16 ialah satu nombor genap.
(b)  4 > 3. –5 < –1

Penyelesaian:
(a)  16 ialah satu kuasa dua sempurna atau satu nombor genap.
(b)  4 > 3 or –5 < –1


Soalan 3:
Tentukan sama ada setiap pernyataan yang berikut benar atau palsu.
(a)  3 × (–4) = –12 dan 13 + 6 = 19
(b)  100 × 0.7 = 70 dan 12 + (–30) = 18

Penyelesaian:
1.      Apabila dua pernyataan digabungkan dengan menggunakan ‘dan’, satu pernyataan  baru yang benar diperolehi, hanya jika kedua-dua pernyataan yang digabungkan itu benar.
2.      Jika satu atau kedua-dua pernyataan adalah palsu, maka pernyataan yang digabungkan adalah palsu.

(a)  Kedua-dua pernyataan ‘3 × (–4) = –12’ dan ‘13 + 6 = 19’ adalah benar. Oleh itu, pernyataan ‘3 × (–4) = –12 dan 13 + 6 = 19’ adalah benar.
(b)  Pernyataan ‘12 + (–30) = 18’ adalah palsu. Oleh itu, pernyataan ‘100 × 0.7 = 70 dan 12 + (–30) = 18’ adalah palsu.


Soalan 4:
Tentukan sama ada setiap pernyataan yang berikut benar atau palsu.
(a)  m + m = m2atau p × p × p = p-3
(b) 64 3 =4 atau  27 3 =3

Penyelesaian:
1.      Apabila dua pernyataan digabungkan dengan menggunakan ‘atau’, satu pernyataan  baru yang palsu diperolehi, hanya jika kedua-dua pernyataan yang digabungkan itu palsu.
2.      Jika satu atau kedua-dua pernyataan adalah benar, maka pernyataan yang digabungkan adalah benar.

(a)  Kedua-dua pernyataan ‘m + m = m2’ dan ‘p × p× p = p-3’ adalah palsue. Oleh itu, pernyataan m + m= m2 atau p × p× p = p-3 adalah palsu.

(b)  Pernyataan ' 27 3 =3'  adalah benar. Oleh itu, pernyataan ' 64 3 =4 atau  27 3 =3'  adalah benar.

Bab 4 Penaakulan Matematik


4.3 Operasi ke atas Pernyataan (Bhg 1)

(A) Menafikan suatu pernyataan dengan menggunakan perkataan ‘bukan’ atau ‘tidak’.
1.   Penafian suatu pernyataan ialah satu proses yang menukar kebenaran pernyataan itu, iaitu, menukar pernyataan yang benar kepada palsu dan sebaliknya dengan menggunakan perkataan ‘bukan’ atau ‘tidak’.

Contoh 1:
Tukarkan nilai kebenaran bagi pernyataan yang diberi menggunakan perkataan ‘tidak’ atau ‘bukan’.
(a)  17 ialah satu nombor perdana.
(b)  39 adalah gandaan bagi 9.
 
Penyelesaian:
(a)  17 bukan satu nombor perdana. (Benar kepada palsu)
(b)  39 bukan gandaan bagi bagi 9. (Palsu kepada benar)


2.   Satu pernyataan baru boleh dibentuk dengan menggabungkan dua pernyataan menggunakan perkataan ‘dan’.

Contoh 2:
Kenal pasti dua pernyataan yang telah digabungkan dengan perkataan ‘dan’.
(a)  Semua pentagon mempunyai 5 sisi dan 5 bucu.
(b)  3= 27 dan 43 = 64

Penyelesaian:
(a)  Semua pentagon mempunyai 5 sisi.
Semua pentagon mempunyai 5 bucu.
(b)  3= 27
4= 64


Contoh 3:
Bentukkan satu pernyataan baru daripada dua pernyataanyang diberi dengan menggunakan perkataan ‘dan’.
(a)  19 ialah satu nombor perdana.
19 ialah satu nombor ganjil.
(b)  15 – 5 = 10
15 × 5 = 75

Penyelesaian:
(a)  19 ialah satu nombor perdana and satu nombor ganjil.
(b)  15 – 5 = 10 dan 15 × 5 = 75.


3.  Satu pernyataan baru juga boleh dibentuk dengan menggabungkan dua pernyataan menggunakan perkataan ‘atau’.


Contoh 4:
Bentukkan satu pernyataan baru daripada dua pernyataan yang diberi dengan menggunakan perkataan ‘atau’.
(a)  11 ialah satu nombor ganjil.
11 ialah satu nombor perdana.
(b) 3 = 27 3 3 = 4 + 1  

Penyelesaian:
(a)  11 ialah satu nombor ganjil atau satu nombor perdana.
( b) 3 = 27 3 atau 3 = 4 + 1

Bab 4 Penaakulan Matematik

4.6 Penaakulan Matematik, SPM Praktis (Kertas 2)
Soalan 6:
(a)  Lengkapkan ayat matematik yang berikut dengan menulis simbol > atau <.
(i)    53____ 20 ialah satu pernyataan palsu.
(ii) –3 ____ –10 ialah satu pernyataan benar.
(b)  Lengkapkan kesimpulan dalam hujah berikut:
  Premis 1 : If  n 1 2 = n , then  4 1 2 = 4 =2. Premis 2 :  n 1 2 = n Kesimpulan : _____________________ 
(c)  Buat satu kesimpulan umum secara aruhan bagi urutan nombor 10, 35, 70, … yang mengikut pola berikut.
10 = 5 (2)2 – 10
35 = 5 (3)2 – 10
70 = 5 (4)2 – 10
…. = ………..

Penyelesaian:
(a)(i) 53   <    20 ialah satu pernyataan palsu.
(a)(ii) –3     >   –10 ialah satu pernyataan benar.
(b) Kesimpulan :  4 1 2 = 4 =2 
(c)  5 (n + 1)2 – 10, dengan keadaan n = 1, 2, 3, …
 

Soalan 7:
(a)(i) Nyatakan sama ada pernyataan majmuk berikut adalah benar atau palsu.
3 + 3 = 9 atau   3 × 3 = 9
(a)(ii) Tentukan sama ada akas berikut adalah benar atau palsu.
jika x > 3, maka x > 7
(b) Tulis Premis 2 untuk melengkapkan hujah berikut:
Premis 1: Jika y = mx + 5 ialah persamaan linear, maka m ialah kecerunan bagi garis lurus itu.
Premis 2: _____________________
Kesimpulan: 2 ialah kecerunan bagi garis lurus itu.

(c) Sudut yang dicangkum di pusat sebuah poligon sekata yang mempunyai n sisi ialah  360 o n .
Buat satu kesimpulan secara deduksi bagi sudut yang dicangkum di pusat sebuah poligon sekata yang mempunyai 5 sisi.


Penyelesaian:
(a)(i) Benar
(a)(ii) Akas adalah benar

(b) Premis 2: y = 2x + 5 ialah satu persamaan linear

(c)
Sudut yang dicangkum di pusat sebuah pentagon sekata = 360 o n = 360 o 5 = 72 o

Bab 4 Penaakulan Matematik

4.6 Penaakulan Matematik, SPM Praktis (Kertas 2)
Soalan 4:
(a)  Gabungkan dua pernyataan yang berikut supaya menjadi satu pernyataan yang benar.
Pernyataan 1: (– 3)2 = 9
Pernyataan 2: –3 (3) = 19
(b)  Lengkapkan premis dalam hujah berikut :

Premis 1: _____________________
Premis 2: x ialah gandaan bagi 25.
Kesimpulan: x boleh dibahagi dengan 5.

(c)  Buat satu kesimpulan umum secara aruhan bagi urutan nombor 7, 14, 27, … yang mengikut pola berikut.

7 = 3 (2)1 + 1
14 = 3 (2)2 + 2
27 = 3 (2)3 + 3
…. = ………..

Penyelesaian:
(a)  (– 3)2 = 9 or –3 (3) = 19.
(b)  Premis 1: Semua gandaan 25 boleh dibahagi dengan 5.

(c)  3 (2)n+ n, dengan keadaan n = 1, 2, 3, …


Soalan 5:
(a)  Nyatakan sama ada pernyataan berikut adalah benar atau palsu.
(i)    23= 8 atau = 1.33.
(ii) – 6 > – 8 dan 6 > 8.

(b)  Tulis dua implikasi berdasarkan pernyataan berikut:
x a + y b =1 jika dan hanya jika bx+ay=ab.  

(c)  Diberi bahawa sudut pedalaman bagi sebuah polygon sekata dengan n sisi ialah ( 1 2 n )× 180 .
Buat satu kesimpulan secara deduksi untuk saiz sudut pedalaman sebuah heksagon sekata.

Penyelesaian:
(a)(i) Benar
(a)(ii) Palsu

(b)
Implikasi 1:   Jika   x a + y b =1, maka bx+ay=ab. _ Implikasi 2:   Jika  bx+ay=ab, maka  x a + y b =1. _

(c)
Saiz sudut pedalaman sebuah heksagon sekata
=( 1 2 6 )× 180 = 2 3 × 180 = 120

Bab 4 Penaakulan Matematik

4.6 Penaakulan Matematik, SPM Praktis (Kertas 2)
Soalan 1:
(a)  Nyatakan sama ada setiap pernyataan berikut adalah benar atau palsu.
(i)  2 4 =16  dan  12÷ 27 3 =3. 
(ii) 17 ialah nombor perdana atau nombor genap.
(b)  Lengkapkan pernyataan, di ruang jawapan, untuk membentuk satu pernyataan yang benar dengan menggunakan pengkuantiti ‘semua’ atau ‘sebilangan’.
(c)  Tulis dua implikasi berdasarkan pernyataan berikut:

Suatu nombor ialah nombor perdana jika dan hanya jika nombor itu hanya boleh dibahagi dengan 1 dan nombor itu sendiri.


Penyelesaian:
(a)(i) Palsu
(a)(ii) Benar
(b)       Sebilangan       gandaan bagi 3 adalah gandaan bagi 6.
(c)  Implikasi 1: Jika suatu nombor ialah nombor perdana, maka nombor itu hanya boleh dibahagi dengan 1 dan nombor itu sendiri.

Implikasi 2: Jika suatu nombor hanya boleh dibahagi dengan 1 dan nombor itu sendiri, maka nombor ialah nombor perdana.


Soalan 2:
(a)  Nyatakan sama ada setiap pernyataan berikut adalah benar atau palsu.
(i)    2 × 3 = 6 atau 2 + 3 = 6
(ii) 2 ialah nombor perdana dan 5 ialah nombor genap.
(b)  Tulis akas untuk implikasi berikut.
Seterusnay, myatakan sama ada akas tersebut adalah benar atau palsu.

Jika x adalah gandaan bagi 12,
maka x adalah gandaan bagi 3.

(c)  Lengkapkan premis dalam hujah berikut:

Premis 1: Semua heksagon mempunyai lima sisi
Premis 2: _____________________
Kesimpulan: ABCDEF mempunyai enam sisi.

Penyelesaian:
(a)(i) benar
(a)(ii) Palsu
(b)  Akas: Jika x adalah gandaan bagi 3, maka x adalah gandaan bagi 12.
Akas adalah palsu.

(c)  Kesimpulan: ABCDEF ialah satu heksagon .


Soalan 3:
(a)  Lengkapkan setiap pernyataan dengan menggunakan pengkuantiti ‘semua’ atau ‘sebilangan’ supaya menjadi suatu pernyataan benar.
(i)    _______ nombor perdana adalah nombor ganjil.
(ii) _______ pentagon mempunyai lima sisi.

(b)  Tulis dua implikasi berdasarkan pernyataan berikut:

AB = B jika dan hanya jika A U B = A

(c)  Lengkapkan premis dalam hujah berikut:

Premis 1: Jika suatu nombor ialah faktor bagi 24, maka nombor itu ialah faktor bagi 48.
Premis 2: 12 ialah faktor bagi 24.
Kesimpulan: _____________________


Penyelesaian:
(a)(i) Sebilangan nombor perdana adalah nombor ganjil.
(a)(ii) Semua pentagon mempunyai lima sisi.

(b)  Implikasi 1: Jika AB = B, maka A U B = A.
Implikasi 2: Jika A U B= A, maka AB = B.

(c)  Kesimpulan : 12 ialah faktor bagi 48.

Bab 4 Penaakulan Matematik

4.5 Deduksi dan Aruhan
(A)      Penaakulan Secara Deduksi dan Secara Aruhan

1.      Deduksi adalah suatu process membuat kesimpulan khususberdasarkan pernyataan yang umum.
2.      Aruhan adalah suatu process membuat kesimpulan umumberdasarkan kes-kes khusus.

Tip Matematik
                       
1.      Pernyataan umum  →  Kesimpulan khusus  → Deduksi
2.      Kes-kes khusus  →  Kesimpulan umum  →  Aruhan




Contoh:
Tentukan sama ada sesuatu kesimpulan yang berikut dibuat berasaskan penaakulan secara deduksi atau penaakulan secara aruhan.
(a)  Luas segi tiga = ½ × Tapak × Tinggi
(i)
Luas ∆ ABC
= ½ × 7cm × 5cm
= 17.5 cm2

(ii)
Luas ∆ DEF
= ½ × 7cm × 4cm
= 14 cm2

(b)
1 = 7 (1)2 – 6
22 = 7 (2)2 – 6
57 = 7 (3)2 – 6
106 = 7 (4)2 – 6

7n2 – 6, n = 1, 2, 3, 4…

Penyelesaian:
(a)  Kesimpulan khusus dibuat berdasarkan pernyataan yang umum. Oleh itu, kesimpulan itu dibuat berasaskan penaakulan secara deduksi.

(b)  Kesimpulan umum 7n2 – 6, n = 1, 2, 3, 4… dibuat berdasarkan kes-kes khusus. Oleh itu, kesimpulan itu dibuat berasaskan penaakulan secara aruhan.

Bab 4 Penaakulan Matematik

4.5 Hujah (Contoh Soalan)
Soalan 1:
Lengkapkan kesimpulan bagi hujah yang berikut:
Premis 1: Semua poligon sekata mempunyai sisi sama
Premis 2: ABCD ialah satu polygon sekata.
Kesimpulan:

Penyelesaian:
Kesimpulan: ABCDmempunyai sisi sama.


Soalan 2:
Lengkapkan kesimpulan bagi hujah yang berikut:
Premis 1: Jika m > 4, maka 2m > 8.
Premis 2: 2m < 8
Kesimpulan:

Penyelesaian
: 
Kesimpulan: m< 4.


Soalan 3:
Lengkapkan premis bagi hujah yang berikut:
Premis 1:
Premis 2: m   n bukan satu nombor genap.
Kesimpulan: m dan n bukan nombor genap.

Penyelesaian:
Premis 1: Jika m dan n ialah nombor genap, maka m × n ialah satu nombor genap.


Soalan 4:
Lengkapkan premis bagi hujah yang berikut:
Premis 1: Jika x = 3, maka x2 = 9.
Premis 2:
Kesimpulan: x ≠ 3

Penyelesaian:
Premis 2: x2 ≠ 9.