10.3.6 Pelan dan Dongakan, SPM Praktis (Kertas 2)


Soalan 7 (12 markah):
Anda tidak dibenarkan menggunakan kertas graf untuk menjawap soalan ini.

(a)
Rajah 7.1 menunjukkan sebuah piramid dengan tapak segi empat tepat ABCD terletak di atas satah mengufuk. Puncak E berada tegak di atas C. Segi tiga BCE dan segi tiga DCE adalah satah mencancang. Segi tiga ABE dan segi tiga ADE adalah satah condong.

Rajah 7.1

Lukis dengan skala penuh, pelan pepejal itu.


(b)
Sebuah pepejal lain berbentuk kuboid dengan tapak segi empat tepat BLKC dicantumkan kepada piramid dalam Rajah 7.1 pada satah mencancang BCFM. Gabungan pepejal adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2. Tapak ABLKCD terletak pada suatu satah mengufuk.

Rajah 7.2

Lukis dengan skala penuh,

(i)
dongakan gabungan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan ABL sebagaimana dilihat dari X.

(ii)
dongakan gabungan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan LK sebagaimana dilihat dari Y.

Penyelesaian:

(a)


(b)(i)



(b)(ii)



10.3.5 Pelan dan Dongakan, SPM Praktis (Kertas 2)


Soalan 6 (12 markah):
Anda tidak dibenarkan menggunakan kertas graf untuk menjawap soalan ini.

(a)
Rajah 6.1 menunjukkan dua buah pepejal berbentuk prisma tegak dicantumkan pada satah tegak EGLK. Satah JKL dan MNP masing-masing ialah keratan rentas seragam prisma HEGLJK dan prisma EFGMNP. Tapak EFGH ialah sebuah segi empat tepat yang terletak pada suatu satah mengufuk. Tepi HJ dan EK adalah tegak.

Rajah 6.1

Lukis, dengan skala penuh, pelan gabungan pepejal itu.

(b)
Sebuah pepejal lain berbentuk separuh silinder dengan diameter 4 cm dicantumkan kepada prisma dalam Rajah 6.1 pada satah mencancang EFQR. Gabungan pepejal adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2. Tapak HETFG terletak pada suatu satah mengufuk.

Rajah 6.2

Lukis dengan skala penuh,
(i) dongakan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan HE sebagaimana dilihat dari X.
(ii) dongakan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan EF sebagaimana dilihat dari Y.

Penyelesaian:
(a)


(b)(i)




(b)(ii)




10.3.4 Pelan dan Dongakan, SPM Praktis (Kertas 2)


Soalan 5 (12 markah):
Anda tidak dibenarkan menggunakan kertas graf untuk menjawap soalan ini.
(a) Rajah 5.1 menunjukkan sebuah pepejal berbentuk prisma dengan tapak segi empat tepat JKLM terletak pada suatu satah mengufuk. Permukaan MQRSTL ialah keratan rentas seragam prisma itu. Segi tiga STU dan segi tiga PQR adalah satah mengufuk. Tepi PJ, RS dan UK adalah tegak. PQ = TU = 3 cm.

Rajah 5.1

Lukis dengan skala penuh, dongakan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan KL sebagaimana dilihat dari X.

(b)
Sebuah pepejal lain berbentuk kuboid dengan tapak segi empat tepat JMDE dicantumkan kepada prisma dalam Rajah 5.1 pada satah mencancang JMQP. Gabungan pepejal adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2. Tapak EJKLMD terletak pada satah mengufuk.

Rajah 5.2

Lukis dengan skala penuh,
(i) dongakan gabungan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan EJK sebagaimana dilihat dari Y.
(ii) pelan gabungan pepejal itu.

Penyelesaian:
(a)


(b)(i)



(b)(ii)



Bab 21 Pelan dan Dongakan


10.2 Pelan dan Dongakan
1.  Pelan adalah imej yang terbentuk apabila pepejal itu dilihat dari bahagian atas. Unjuran ortogonnya adalah pada satah mengufuk.

2. Dongokan adalah imej yang terbentuk apabila pepejal itu dilihat dari bahagian depan atau dari bahagian sisinya. Unjuran ortogonnya adalah pada satah mencancang.

3. Semasa melukis pelan dan dongakan bagi pepejal,
(a)  Garis penuh yang tebal ( ──) digunakan untuk mewakili sisi objek yang dapat dilihat daripada arah pandangannya.
(b)  Garis putus-putus ( - - - - -) digunakan untuk mewakili sisi objek yang terlindung daripada arah pandangan.
 

Contoh:









Bab 21 Pelan dan Dongakan


10.3.1 Pelan dan Dongakan, SPM Praktis (Kertas 2)

Soalan 1:

 
Rajah di atas menunjukkan sebuah pepejal yang terdiri daripada sebuah prisma tegak dan sebuah separuh silinder yang dicantumkan pada satah EFGH. EF ialah diameter kepada separuh silinder dan berukuran 3cm. Tapak ABCD terletak di atas satu satah mengufuk dan AB = 6cm, BC = 4cm. Satah mencancang ABFE ialah keratan rentas seragam prisma itu.

Lukis dengan skala penuh, Plan pepejal itu.

Penyelesaian:



Soalan 2:



Rajah di atas menunjukkan sebuah pepejal berbentuk prisma tegak dengan tapak segi empat tepat ABCD atas sebuah meja mengufuk. Satah mencancang ABEHIL ialah keratan rentas seragam prisma itu. Segi empat tepat LIJK, IHGJ dan HEFG adalah satah condong. Tepi AL, DK, BE dan CF adalah tegak.

Diberi BC = 4cm, AB = 6cm. EB = FC = LA = KD = 4cm, dan tinggi mencancang bagi I dan J dari tapak segi empat tepat ABCD = 3cm, manakala tinggi mencancang bagi H dan G dari tapak segi empat tepat ABCD = 5cm.

Lukis dengan skala penuh, dongakan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan BC sebagaimana dilihat dari X.

Penyelesaian:




Bab 21 Pelan dan Dongakan


10.3.3 Pelan dan Dongakan, SPM Praktis (Kertas 2)

Soalan 4:


Rajah di atas menunjukkan sebuah pepejal yang terdiri daripada sebuah prisma tegak dan sebuah separuh silinder yang dicantumkan pada satah HICB. Tapak ABCDEF terletak di atas satu satah mengufuk. Segi empat tepat LKJG ialah satah condong. Satah mencancang JDEK ialah keratan rentas seragam prisma itu. AB = CD = 2cm. BC = 4cm. CM = 12cm.

Lukis dengan skala penuh,
(a)  Plan pepejal itu,
(b) dongakan gabungan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan ABCD sebagaimana dilihat dari X.
(c) dongakan gabungan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan DE sebagaimana dilihat dari Y.


Penyelesaian:
(a)



(b)


(c)


Bab 21 Pelan dan Dongakan


10.3.2 Pelan dan Dongakan, SPM Praktis (Kertas 2)

Soalan 3:

 
Rajah di atas menunjukkan pepejal berbentuk prisma tegak dicantumkan kepada sebuah kuboid pada satu satah. ABCG, CDEF, IJNH dan KLMJ adalah satah mengufuk. ABIH, AGNH dan GCJN adalah satah mencancang dan IBCJ ialah satah condong. HA = 3cm, BC = 3cm, CD = 1.5cm, HI = NJ = 3cm.
Lukis dengan skala penuh,
(a) dongakan gabungan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan AB sebagaimana dilihat dari X.

(b)  Sebuah pepejal berbentuk separuh silinder dicantumkan kepada pepejal pada rajah (a) seperti ditunjukkan pada rajah di atas. JPON adalah satah mencancang dan JP = 1.5cm.
Lukis dengan skala penuh,
i. plan gabungan pepejal itu,
ii. dongakan gabungan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan BCD sebagaimana dilihat dari Y.


Penyelesaian:
(a)


(b)(i)

 
(b)(ii)