3.1 Gabungan Dua Penjelmaan
3.1a Menentukan Imej suatu Objek bagi Gabungan Dua Penjelmaan Isometri
1.
Translasi, pantulan dan putaranadalah penjelmaan isometri.
2.
Dalam suatu penjelmaan isometri, bentukdan saiz bagi imej adalah sama dengan objek.
3.
Bagi dua penjelmaan, A dan B,
(a)
Gabungan penjelmaan AB bermaksud penjelmaan B diikuti dengan penjelmaan A.
(b)
Gabungan penjelmaan BA bermaksud penjelmaan A diikuti dengan penjelmaan B.
(c)
Gabungan penjelmaan A2 = AA bermaksud penjelmaan A dijalankan dua kali berturut-turut.