Bab 6 Statistik III


6.8.2 Statistik, SPM Praktis (Kertas 2)

Soalan 3:
Data dalam rajah di bawah menunjukkan jisim, dalam kg, bagi 50 orang murid.


(a)  Berdasarkan data dalam rajah, lengkapkan Jadual 2 di ruang jawapan.

Jadual 2

(b)  Berdasarkan Jadual 2,
(i) nyatakan saiz selang kelas yang digunakan dalam jadual 2.
(ii) hitung min anggaran jisim bagi murid itu.

Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf.
(c)  Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 kg pada paksi mengufuk dan 1 cm kepada 1 murid pada paksi mencancang, lukiskan satu poligon kekerapan bagi data tersebut.



Penyelesaian:
(a)

Jisim (kg)
Titik tengah
Kekerapan
40 – 44
42
4
45 – 49
47
9
50 – 54
52
7
55 – 59
57
9
60 – 64
62
18
65 – 69
67
3
(b)(i)
saiz selang kelas
= Sempadan atas – sempadan bawah
= 44.5 – 39.5
= 5

(b)(ii)
Min anggaran jisim = 42 × 4 + 47 × 9 + 52 × 7 + 57 × 9 + 62 × 18 + 67 × 3 50 = 2785 50 = 55.7

(c)





























Soalan 4:
Rajah di bawah menunjukkan markah yang diperoleh sekumpulan 30 orang murid dalam suatu ujian Sains.

(a) Berdasarkan data pada Rajah di atas, lengkapkan Jadual di ruang jawapan.   

(b)
Berdasarkan Jadual lengkap di bahagian (a), hitung min anggaran markah bagi seorang murid.

Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf.

(c) Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 markah pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 1 murid pada paksi mencancang, lukiskan satu poligon kekerapan bagi data tersebut.

(d)
Markah lulus ujian itu ialah 44. Menggunakan poligon kekerapan di bahagian (c), nyatakan bilangan murid yang lulus di dalam ujian itu.  

Jawapan:




Penyelesaian:
(a)


(b)


Min anggaran markah =  1255 30  = 41.83

(c)



(d)
Number of students who passed the test
= 9 + 5 + 3
= 17

Bab 6 Statistik III



6.8.1 Statistik, SPM Praktis (Kertas 2)
 
Soalan 1:
Data dalam rajah 1 menunjukkan umur, dalam tahun, bagi 25 orang pelancong yang melawat satu tempat pelancongan.

Rajah 1
 
(a)  Berdasarkan data dalam rajah 1, lengkapkan jadual 1 pada ruang jawapan.

Jadual 1

 (b)  Berdasarkan Jadual 1,
(i) Nyatakan kelas mod.
(ii) Hitung min anggaran umur bagi seorang pelancong.


(c)  Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf.
Dengan menggunakan skala 2cm kepada 5 tahun pada paksi mengufuk dan 2cm kepada 1 pelancong pada paksi mencancang, lukiskan satu histogram bagi data itu.



Penyelesaian:
(a)
Umur (tahun)
Kekerapan
Titik tengah
1 – 5
2
3
6 – 10
5
8
11 – 15
3
13
16 – 20
8
18
21 – 25
3
23
25 – 30
4
28
Pengiraan titik tengah bagi (umur 6 – 10) = 6 + 10 2 = 8

(b)(i) 
Kelas mod = umur 16 – 20 (kekerapan tertinggi)

(b)(ii)
Min umur = 3 × 2 + 8 × 5 + 13 × 3 + 18 × 8 + 23 × 3 + 28 × 4 25 = 16.4

(c) 






Soalan 2:
Rajah di bawah menunjukkan markah yang diperoleh sekumpulan 24 orang murid dalam suatu kuiz matematik.

(a) Berdasarkan data di rajah di atas, lengkapkan Jadual di ruang jawapan.

(b) Nyatakan kelas mod.

(c) Hitung min anggaran bagi markah yang diperoleh seorang murid.

(d) Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 markah pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 1 murid pada paksi mencancang, lukiskan satu histogram bagi data itu.

(e) Berdasarkan histogram yang dilukis di (d), nyatakan bilangan murid yang mendapat kurang daripada 32 markah dalam kuiz itu.

Jawapan:




Penyelesaian
:
(a)


(b) Kelas mod = 27 – 31 (kekerapan tertinggi)

(c)  Min anggaran  4×24+7×29+6×34+4×39+2×44+1×49 24 796 24 =33.17 markah

(d)


(e)
Bilangan murid yang mendapat kurang daripada 32 markah
= 4 + 7
= 11

Bab 6 Statistik III


6.3 Histogram
 
(A) Melukis histogram daripada jadual kekerapan bagi data terkumpul
1.   Histogram terdiri daripada segi empat tepat mencancang yang lebarnya sama dan tingginya berkadaran dengan kekerapan.
2.  Langkah-langkah melukis suatu histogram:
 (a)  Tentukan sempadan bawah dan sempadan atas bagi setiap selang kelas.
 (b)  Pilih skala yang sesuai pada paksi mengufuk (paksi-x) untuk mewakili selang kelas dan pada paksi mencancang (paksi-y) untuk mewakili kekerapan.


Soalan:
Jadual kekerapan berikut menunjukkan jejari, dalam cm, pokok berlainan jenis dalam suatu taman.

Radii (cm)
Frequency
2.0 – 2.4
7
2.5 – 2.9
5
3.0 – 3.4
10
3.5 – 3.9
2
4.0 – 4.4
6
4.5 – 4.9
4
Berdasarkan jadual kekerapan di atas, lukis satu histogram.
 
Penyelesaian:
 
Jejari (cm)
Kekerapan
Sempadan bawah
Sempadan atas
2.0 – 2.4
7
1.95
2.45
2.5 – 2.9
5
2.45
2.95
3.0 – 3.4
10
2.95
3.45
3.5 – 3.9
2
3.45
3.95
4.0 – 4.4
6
3.95
4.45
4.5 – 4.9
4
4.45
4.95





Bab 6 Statistik III


6.2 Mod dan Min bagi Data Terkumpul
 
(A) Kelas Mod
Kelas mod bagi data terkumpul ialah selang kelas yang mempunyai kekerapan tertinggi.


(B) Kelas Titik Tengah
Nilai titik tengah kelas = Had bawah + Had atas 2


(C) Menghitungkan Min bagi Data Terkumpul

Langkah-langkah untuk menghitung min bagi data terkumpul adalah seperti berikut:
Langkah 1: Hitung nilai titik tengah bagi setiap kelas.
Langkah 2: Hitung nilai (kekerapan × nilai titik tengah) bagi setiap kelass.
Langkah 3: Hitung jumlah nilai (kekerapan × nilai titik tengah) bagi semua kelas.
Langkah 4: Hitung jumlah kekerapan bagi semua kelas.
Langkah 5: Hitung nilai min dengan rumus berikut.

Min data terkumpul, x ¯ = Jumlah (kekerapan × titik tengah) Jumlah kekerapan = f x f

Dengan keadaan Ʃ ialah tanda mewakili jumlah, 
ialah titik tengah dan k ialah kekerapannya.



Contoh:
Jadual kekerapan yang berikut menunjukkan bilangan majalah yang telah dijual di satu kedai buku bagi tempoh 30 hari pada bulan April 2013.
 
Bilangan majalah
Kekerapan
220 – 229
3
230 – 239
5
240 – 249
11
250 – 259
6
260 – 269
5

Berdasarkan data yang diberi,
(a)  hitung kelas saiz,
(b)  nyatakan kelas mod,
(c)  hitung min bilangan majalah yang dijual.
 


Penyelesaian:
(a)  Kelas saiz
= had atas – had bawah
= 229.5 – 219.5
= 10

(b)  Kelas Mod = 240 – 249 (Kekerapan tertinggi)

(c)   
Bilangan majalah
Kekerapan (k)
Titik tengah kelas (x)
220 – 229
3
224.5
230 – 239
5
234.5
240 – 249
11
244.5
250 – 259
6
254.5
260 – 269
5
264.5

Titik tengah = 220 + 229 2 = 224.5 min, x ¯ = k x k = 3 × 224.5 + 5 × 234.5 + 11 × 244.5 + 6 × 254.5 + 5 × 264.5 30 = 7385 30 = 246.2