11.3.6 Nombor Indeks, SPM Praktis (Kertas 2)


Soalan 6 (10 markah):
Jadual 2 menunjukkan harga dan indeks harga bagi tiga jenis bahan P, Q dan R, yang digunakan dalam penghasilan sejenis mi segera.


(a) Harga bahan Q menokok sebanyak 20% dari tahun 2014 hingga tahun 2016.
(i) Nyatakan nilai x.
(ii) Cari nilai y.

(b) Hitung indeks gubahan bagi kos membuat mi segera pada tahun 2016 berasaskan tahun 2014.

(c) Diberi bahawa indeks gubahan bagi kos membuat mi segera meningkat sebanyak 40% dari tahun 2012 hingga tahun 2016.
(i) Hitung indeks gubahan bagi kos membuat mi segera pada tahun 2014 berasaskan tahun 2012.
(ii) Kos membuat satu pakit mi segera ialah 10 sen dalam tahun 2012.
Cari bilangan maksimum pakit mi segera yang boleh dihasilkan menggunakan peruntukan sebanyak RM80 pada tahun 2016.


Penyelesaian: 
(a)(i)
x = 120

(a)(ii)
P2016P2014×100=1203.00y×100=120y=3.00120×100y=2.50


(b)
Indeks gubahan bagi kos membuat mi segerapada tahun 2016 berasaskan tahun 2014, ˉIˉI=IWWˉI=(132.8)(50)+(120)(20)+(190)(1)50+20+1ˉI=923071ˉI=130


(c)(i)
Diberi I2016I2012×100=140 I2016I2012=140100dan I2016I2014×100=130 I2016I2014=130100Index gubahan bagi kos membuat mi segera pada tahun 2014 berasaskan tahun 2012,ˉI=I2014I2012×100ˉI=I2014I2016×I2016I2012×100ˉI=100130×140100×100ˉI=107.69


(c)(ii)
P2016P2012×100=140P201610×100=140P2016=140×10100P2016=14 senbilangan pakit mi segera yang boleh dihasilkan=RM80RM0.14=571.4bilangan maksimum pakit mi segera yangboleh dihasilkan=571.


11.3.5 Nombor Indeks, SPM Praktis (Kertas 2)


Soalan 5 (10 markah):
Jadual 2 menunjukkan maklumat berkaitan empat bahan, J, K, L dan M, yang digunakan dalam pembuatan satu jenis minuman bertenaga.


Kos pengeluaran bagi minuman bertenaga ini ialah RM47600 pada tahun 2017.
(a) Jika harga bahan K pada tahun 2013 ialah RM4.20, cari harganya pada tahun 2017.

(b) Peratus penggunaan bagi beberapa bahan diberikan dalam Jadual 2.
Hitung kos pengeluaran yang sepadan pada tahun 2013.

(c) Kos pengeluaran dijangka meningkat sebanyak 50% dari tahun 2017 ke tahun 2019.
Hitung peratus perubahan dalam kos pengeluaran dari tahun 2013 ke tahun 2019.


Penyelesaian:
(a)
P2017P2013×100=120P20174.20×100=120P2017=4.20100×120P2017=RM5.04


(b)

Peratus penggunaan bagi bahan L=(100101050)%=30%Nombor indeks gubahan bagi kos pengeluaran pada tahun 2017 berasaskan tahun 2013, ˉIˉI=IWWˉI=(140)(10)+(120)(10)+(160)(30)+(90)(50)10+10+30+50ˉI=11900100ˉI=119P2017P2013×100=11947600P2013×100=119P2013=47600×100119P2013=RM40000Kos pengeluaran pada tahun 2017 ialah RM40000.


(c)

tahun 2013 +19% tahun 2017 +50% tahun 2019 Indeks gubahan jangkaan pada tahun 2019 berasaskan tahun 2013, ˉI=119×150100=178.5Peratus perubahan=[178.5100]%=78.5%


Bab 11 Nombor Indeks


Soalan 4:
Jadual di bawah menunjukkan harga dan indeks harga bagi empat bahan P, Q, R dan S, yang digunakan untuk membuat sejenis biskut.

Bahan
Harga sekilogram
( RM )
Indeks harga pada tahun 2008 berasaskan tahun 2006
Tahun 2006
Tahun 2008
P
0.80
x
125
Q
2.00
2.8
y
R
z
0.60
150
S
0.50
0.40
80
Rajah 2 menunjukkan carta pai yang mewakili kuantiti relatif bagi penggunaan bahan-bahan P, Q, R dan S itu.

Rajah 2

(a) Cari nilai x, y dan z.   

(b)(i) Hitungkan nombor indeks gubahan bagi kos membuat biskut itu pada tahun 2008 berasaskan tahun 2006.

(b)(ii) Seterusnya, hitungkan kos membuat biskut itu yang sepadan bagi tahun 2008 jika kos membuatnya pada tahun 2006 ialah RM585.

(c)  Kos membuat biskut itu dijanka meningkat sebanyak 40% dari tahun 2008 ke 2010.
Carikan nombor indeks gubahan kos membuat biskut itu yang dijangkakan pada tahun 2010 berasaskan tahun 2006.


Penyelesaian:
(a)
I=P1P0×100I=P2008P2006×100125=x0.80×100x=RM1.00
y=2.802.00×100y=140150=0.60z×100z=RM0.40


(b)(i)

Bahan
Indeks harga pada tahun 2008 berasaskan tahun 2006
Pemberat
P
125
80
Q
y
120
R
150
100
S
80
60
Sektor P = 360o– 120o – 100o – 60o = 80o

Nombor indeks gubahan bagi kos membuat biskut pada tahun 2008 berasaskan tahun 2006
ˉI=IWWˉI=(125)(80)+(140)(120)+(150)(100)+(80)(60)80+120+100+60ˉI=46600360ˉI=129.44


(b)(ii)
ˉI=P2008P2006×100129.44=P2008585×100  
Oleh itu, kos membuat biskut itu bagi tahun 2008 ialah RM757.22.


(c)
tahun 2006+29.44%tahun 2008+40%tahun 2010
Oleh itu, indeks gubahan jangkaan pada tahun 2010 berasaskan tahun 2006,
  ˉI=129.44×140100=181.22

Bab 11 Nombor Indeks

11.2 Indeks Gubahan
1.      Indeks gubahan ialai nilai purata semua nombor indeks dan kepentingan setiap barangan yang terlibat diambil kira.

Indeks gubahan,   ˉI=ΣIWΣW   , dengan keadaan
I = Nombor indeks
W = Pemberat

v  Pemberat, w bagi sesuatu perkara mewakili kepentingannya berbanding dengan perkara-perkara lain yang dikaji.
v  Simbol Ʃ bermakna hasil tambah.


Contoh 1:

Mi
Indeks harga
Pemberat
Mi goreng
112
4
Mi Tomyam
104
3
Mi Rebus
109
2
Mi Wantan
111
1






Jadual di atas menunjukkan indeks harga bagi beberapa jenis mi yang dijual di satu restoran bagi tahun 2000 berasaskan tahun 1996 serta pemberat masing-masing. Hitung indeks gubahan bagi tahun 2000 berasaskan tahun 1996.

Penyelesaian:
ˉI=IWWˉI=(112)(4)+(104)(3)+(109)(2)+(111)(1)4+3+2+1ˉI=448+312+218+11110ˉI=108910=108.9



Contoh 2:

Barangan
Indeks harga
Pemberat
P
110
4
Q
x
2
R
120
1
S
115
3






Jadual di atas menunjukkan indeks harga bagi beberapa jenis barangan, P, Q, R dan S, bagi tahun 2002 berasaskan tahun 1997 dan pemberat masing-masing. Jika indeks gubahan bagi tahun 2002 berasaskan tahun 1997 ialah 116.5, cari nilai x.

Penyelesaian:
ˉI=IWW116.5=(110)(4)+(x)(2)+(120)(1)+(115)(3)4+2+1+3116.5=440+2x+120+34510116.5=905+2x10
1165 = 905 + 2x
2x = 260
x = 130

Bab 11 Nombor Indeks

11.1 Nombor Indeks
1. Nombor indeks ialah suatu sukatan yang digunakan untuk menunjukkan perubahan suatu kuantiti terhadap masa. Kuantiti itu boleh jadi gaji, harga barang, penghasilan dan sebagainya.

Nombor indeks,   I=Q1Q0×100  , dengan keadaan
Q0 = kuantititi pada masa asas
Q1 = kuantititi pada masa tertentu


Harga indeks,   I=P1P0×100    , dengan keadaan
P0 = Harga pada masa asas
P1 = Harga pada masa tertentu

2.      Indeks harga ialah suatu peratusan, tetapi tanda % tidak ditulis.
3.      Indeks harga pada masa asas ialah 100, iaitu apabila Q 1 = Q0 I = 100.


Contoh 1:
Harga sebuah rumah yang Encik Sulaimanbeli pada tahun 1998 ialah RM110 000. Dalam tahun 2000, harga rumah tersebut meningkat hingga RM130 000. Hitung indeks harga rumah itu bagi tahun 2000 dengan menggunakan tahun 1998 sebagai tahun asas.

Penyelesaian:
P0=RM110000P1=RM130000I=P1P0×100I=130000110000×100I=118.18 


Contoh 2:
Harga bagi sebotol minyak masak dalam tahun 1999 ialah RM15.00. Diberi indeks harga bagi tahun 2000 berasaskan tahun tahun 1999 ialah 105, hitung harga sebotol minyak masak dalam tahun 2000.

Penyelesaian:
P0=RM15P1=x (Harga2000)I=P1P0×100105=x15×1001575=100xx=RM15.75 


Contoh 3:
Berasaskan tahun 1995, nombor indeks bagi sebuah ketuhar bagi tahun 1998 dan tahun 2001 adalah 110 dan 130 masing-masing. Cari nombor indeks bagi tahun 2001 dengan menggunakan tahun 1998 sebagai tahun asas.

Penyelesaian:
Diberi, P1998P1995×100=110 dan P2001P1995×100=130P2001P1998×100=P2001P1995×P1995P1998×100                  =130100×100110×100                   =118.18

Bab 11 Nombor Indeks


11.3.2 Nombor Indeks, SPM Praktis (Kertas 2)

Soalan 3:
Jadual bawah menunjukkan harga, indeks harga dan pemberat bagi empat jenis alat tulis A, B, C dan D.
Alat tulis
Harga (RM) per unit
Indeks harga pada tahun 2009 berasaskan tahun 2008
Pemberat
Tahun 2008
Tahun 2009
A
2.50
2.00
x
2
B
3.50
4.20
120
3
C
2.00
y
135
m
D
z
5.80
116
4
(a) Cari nilai
(i) x, (ii) y, (iii)    z.

(b) Indeks gubahan bagi harga alat tulis tersebut pada tahun 2009 berasaskan tahun 2008 ialah 118.5. Hitung nilai m.

(c) Jumlah perbelanjaan alat tulis tersebut pada tahun 2008 ialah RM350. Hitung jumlah perbelanjaan yang sepadan pada tahun 2009.

(d) Indeks harga bagi pada tahun 2010 berasaskan tahun 2008 ialah 132. Hitung indeks harga bagi B pada tahun 2010 berasaskan tahun 2009.


Penyelesaian:
(a)(i)
I=P1P0×100x=P2009P2008×100x=22.5×100x=80

(a)(ii)
135=P20092×100135=y2×100y=RM2.70

(a)(iii)
116=5.80P2008×100116=5.80z×100z=RM5


(b)
Indeks gubahan bagi harga alat tulis pada tahun 2009 berasaskan tahun 2008, ˉI=118.5
ˉI=IWW118.5=(80)(2)+(120)(3)+(135)(m)+(116)(4)2+3+m+4118.5=984+135m9+m  
1066.5 + 118.5m = 984 + 135m
16.5m = 82.5
m = 5

(c)
ˉI=P2009P2008×100118.5=P2009350×100  
Oleh itu, jumlah perbelanjaan pada tahun 2009, P2009 = RM414.75.

(d)
Bagi alat tulis B,
Diberi P2010P2008×100=132 P2010P2008=132100dan P2009P2008×100=120 P2009P2008=120100

Indeks harga bagi alat tulis B pada tahun 2010 berasaskan tahun 2009
I10/09=P2010P2009×100I10/09=P2010P2008×P2008P2009×100I10/09=132100×100120×100I10/09=110

Bab 11 Nombor Indeks


Soalan 2:
Rajah di bawah menunjukkan carta palang bagi perbelanjaan mingguan untuk barangan A, B, C, D dan E pada tahun 2000. Jadual 1 menunjukkan harga dan indeks harga barangan tersebut.


Jadual 1
(a) Cari nilai
i.   x
ii.   y
iii.   z
(b)  Kirakan nombor indeks gubahan bagi harga barangan itu pada tahun 2006 dengan tahun 2000 sebagai tahun asas.
(c) Jumlah perbelanjaan bulanan bagi barangan itu pada tahun 2000 ialah RM456. Hitungkan jumlah perbelanjaan bulanan yang sepadan pada tahun 2006.
(d)  Kos barangan itu meningkat 15% dari tahun 2006 ke tahun 2009. Carikan nombor indeks gubahan tahun 2009 dengan tahun 2000 sebagai tahun asas.


Penyelesaian:
(a)(i)
I=P1P0×100I=P2006P2000×100140=1.75x×100x=RM1.25

(a)(ii)
I=P2006P2000×100y=4.804.00×100y=120

(a)(iii)
I=P2006P2000×100125=z6.00×100z=RM7.50


(b)



Nombor indeks gubahan bagi harga barangan itu pada tahun 2006 dengan tahun 2000 sebagai tahun asas,
ˉI=IWWˉI=(140)(15)+(125)(30)+(120)(24)+(125)(33)+(110)(12)15+30+24+33+12ˉI=14175114ˉI=124.34

(c)
I=P1P0×100
Katakan jumlah perbelanjaan bagi barangan itu pada tahun 2006 ialah P2006
I=P2006P2000×100124.34=P2006RM456×100P2006=RM567

(d)
Katakan nombor indeks gubahan tahun 2009 berasaskan tahun 2000 ialah  
ˉI2009=124.34×115100ˉI2009=143


Bab 11 Nombor Indeks


11.3.1 Nombor Indeks, SPM Praktis (Kertas 2)

Soalan 1:
Jadual di bawah menunjukkan indeks harga dan peratus penggunaan bagi empat bahan , P, Q, R dan S, yang meruapakan bahan utama dalam pengeluaran suatu jenis barang mainan.



(a) Hitung
(i) harga bahan S pada tahun 2004 jika harganya pada tahun 2007 ialah RM43.20,
(ii) indeks harga P pada tahun 2007 berasaskan tahun 2002 jika indeks harga pada tahun 2004 berasaskan tahun 2002 ialah 110.

(b) Indeks gubahan bagi kos pengeluaran barang mainan itu pada tahun 2007 berasaskan tahun 2004 ialah 125.
Hitung
(i) nilai  x ,
(ii) harga bagi barang mainan itu pada tahun 2004 jika harga yang sepadan pada tahun 2007 ialah RM75.


Penyelesaian:
(a)(i)
135=43.2P2004×100P2004=43.2×100135=32  

Maka, harga bahanpada tahun 2004 ialah RM32.


(a)(ii)
Diberi P2004P2002×100=110 P2004P2002=110100dan P2007P2004×100=125 P2007P2004=125100

Indeks harga pada tahun 2007 berasaskan tahun 2002,
I=P2007P2002×100I=P2007P2004×P2004P2002×100I=125100×110100×100I=137.50


(b)(i)
Diberi indeks gubahan ˉI=125ˉI=IWW125=(125)(30)+(x)(20)+(115)(10)+(135)(40)30+20+10+40125=10300+20x10012500=10300+20xx=110  


(b)(ii)
Katakan harga bagi barang mainan itu pada tahun 2004 ialah P2004

P2004×125100=75P2004=RM60